Pages

KeNaNgAn BerSeMi

KeNaNgAn BerSeMi

Sunday, 25 December 2011

DiSaYaNg BuKaN dIbUaNg

menatap wajah si kecil, merenung matanya yang redup, mengelus pipinya yang lembut, harum mewangi tubuhnya, membuatkan diri berfikir sejenak...



betapa kejamnya pabila ada insan di luar sana yang MASIH tergamak membuang bayinya sesuka hati..tidakkah hati mereka tersentuh sayu melihat bayi yang dikandung ke hulu ke hilir selama 9 bulan diCAMPAK ,diBUANG, diHUMBAN, malah diLEMPAR sesuka hati..tidakkah mereka terfikir betapa sesungguhnya mereka telah menidakkan hak seorang insan untuk mengecapi hidup di dunia ini..menutup terus ruang baginya untuk bernafas sesaat di muka bumi..

hal sebegini takkan pernah terjadi...jika sekiranya perkara ini tidak BERLAKU!!!


 pergaulan bebas sebelum perkahwinan yang sah 


 seks bebas, seks rambang yang menjadi gejala utama masalah pembuangan bayi 


 gara-gara tak dapat mengawal nafsu, segalanya bertukar haru-biru 

apa salahnya jikalau sekalipun terlanjur dan tak sanggup untuk menjaga bayi itu, pihak yang terlanjur berbincang dengan keluarga terdekat dengan mengambil langkah supaya bayi itu dapat diserahkan kepada rumah perlindungan yang ada atau pihak kebajikan masyarakat yang masih sudi untuk menerima bayi itu.... dan lebih elok jika sekiranya bayi itu dapat diserahkan kepada pasangan suami isteri yang tidak memiliki sebarang zuriat daripada keturunannya sendiri..

p/s : Ya Allah, ya tuhanku..kami berlindung kepadaMU agar kau jauhkanlah dan lindungilah kami semua dari sebarang perbuatan keji dan mungkar
amin..ya Rabbal Alamin =)







Saturday, 24 December 2011

bermula suatu kisah

bismillahirrahmanirrahim..

satu kisah baru bermula..aq menyelusuri hidup berbekalkan nafas cinta dari yang maha Esa..Ya Allah,,aq memohon petunjuk dan kekuatan dari-Mu agar kau terus memberkati dan memberi ketenangan dalam hidupku..

cerita hati bermula disini,
mempertemukan aq dengan cinta sejati,
ku harap dikau yang terakhir di hati,
semoga cintaku buatmu terus bersemi..